Peranakan Jatuh



Assalamualaikum...
malam tadi... saye pegi urut... ala..dengan makcik thai kesayangan saye tuh...sambil gi urut,sambil nak ucap babai sebab nak pindah...nanti mesti rindu sangat kat die... die urut best..malam tadi,da habis urut,die pesan..
pesanan paling best di dunie ye...
  • jangan keje teruk2
  • jangan angkat berat
  • JANGAN TOLAK BARANG GUNE KAKI TERUTAMA GUNA IBU JARI KAKI..!!

saye pun tanye..kenape cik?
sebab ibu jari kaki terus berhubungan dengan rahim...ade orang tak angkat berat,tapi tolak2 barang berat gune kaki..tak bole tu!

ooo....patotla,saye memang perna buat...
baru ni pun mmg angkat berat,maklum cik,kemas2 barang..

acik da banyak urutkan orang yang peranakan jatuh,ade yg lagi teruk,sampai da terkeluar dari 'tattittut'...

hah? nauzubillah cik..taknak la saye!!

ade sorang ni,anak 3,degil betul,acik da betulkn,die wat jugak keje berat.. betulkan lagi,maen sukan pulak,terus terkeluar... yaAllah,acik nasihatkn die,adik,jage la diri kamu,mude lagi,sayangla tubuh sendiri..! tak lame lepas tu,suaminye mule cari pempuan lain, pempuan tu datang lagi,nangis2,acik cube tolong.. tengok2...datang lagi,mengandung pulaaaakk,BETUL REZKI TU DARI ALLAH,TAPI..KAMU TU BERMASALAH RAHIM..SUAMI PUN KENE LA DIFAHAMKAN,MAEN LANYAK JE...IKUT NAFSU,KESIHATAN MACAMMANE? acik tak faham betul budak2 zaman sekarang,degil! tak sayang tubuh sendiri.. nanti kalo betul2 rahim tu terus terkeluar,tak bole masuk balik da,gune 'cincin' pun tak bole da..doktor pun tak bole tolong,potong je la....

saye telan air liur GULP....

*kawan2,sile jage bahagian kewanitaan anda ye.. sayangi tubuh sendiri..
SUAMI PULA, sile amek berat kesihatan dalaman isteri anda, anda jugak nak gune lame..ops,macam kasar pulak,saya emosi dengan cite acik tu...saye tak habis pk.. hmm...

Tanda-tanda rahim jatuh / Peranakan jatuh:
  •   Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
  •   Ketulan pada faraj
  •   Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
  •   Sakit belakang
  •   Sakit semasa hubungan seks
  •   Pendarahan faraj selepas menopaus
  •   Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal
  •   Sukar buang air kecil / besar

RAWATAN :

Mencegah rahim dr jatuh:
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  • Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
  • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  • Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi

soalan : sis mcmana saya nak tau rahim ni tekeluar
saya : dik nak tau senang je..cube adik cangkung, masukkan 1 jari dalam vagina..kalau ada mcm besar guli kat tengah laluan tu tu makna peranakkan kita turun...atau lebih di kenali sebagai tombong..lagi dalam tombong tu lagi sihat rahim kita..jgn sampai tekeluar dik...kalau dh tekeluar boleh kene potong sbb nak masukkan balik dh susah...jgn main2 ye dik..rahim kita lah...kita nak keje jaga..bukan suami atau org lain..kita je tau mcmana..ais jgn minum selalu..sekali sekala boleh lah..lg bagus jgn amalkan..jgn angkat berat2...pesanan ikhlas dari saya...kalau dh tekerluar nak jaga susah..hari2 kene cek kat mana tombong tu..lebih baik mencegah dari merawat kan...fikir2 kan selamat mencuba 
Sumber: mahabbahseputihsutera.blogspot.com
Peranakan Jatuh
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

PENAFIAN: Artikel yang disiarkan didalam blog ini adalah sekadar rujukan / panduan sahaja. Pembaca dinasihatkan agar merujuk dengan pihak yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan sebelum mempraktikannya. Sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini adalah atas risiko dan tanggungan pembaca sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Komen:

  1. kalau buat kerja berat, uli buat kuih kemudian rasa sakit dan senak sikit, kategori penakan jatuh ye, walaupun tanda lain seperti diatas tiada

    BalasPadam
  2. Biasanya peranakan jatuh ni berlaku kpd kaum2 ibu shje ke? Pernah berlaku kpd remaja tak?

    BalasPadam
  3. Pd remaja pun boleh berlaku. Jika anak ada terjatuh atau sakit2 di bahgian ari2 sila bawah urut.
    Jika ingin makan majun utk kuatkan rahim boleh cari saya. Fb mariawati mohd dan.

    BalasPadam