Anak adalah pengikat kasih sayang bagi pasangan suami isteri dan mereka lah penyeri dalam sebuah keluarga. Untuk pasangan yang masih berusaha dan mencari petua yang berkesan, Puteri ingin berkongsi petua cepat hamil ini untuk semua pasangan suami isteri diluar sana. Antara petuanya ialah:

  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Selain daripada itu, dalam rancangan Tanyalah Ustaz ada berkongsi satu petua untuk cepat hamil. Kata ustaz, setakat ini feedback yang di terima Alhamdulillah, kebanyakannya mendapat zuriat dalam masa setahun.
  1. Ambil 4 biji buah kurma…suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
  2. Kemudian,buang biji kurma tu 
  3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
  5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup
  6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. In Shaa Allah.

Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

PENAFIAN: Artikel yang disiarkan didalam blog ini adalah sekadar rujukan / panduan sahaja. Pembaca dinasihatkan agar merujuk dengan pihak yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan sebelum mempraktikannya. Sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini adalah atas risiko dan tanggungan pembaca sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Komen:

Catat Ulasan