Cara Mendapatkan Anak Kembar

Psssttt! harga runtuh ZALORA khas untuk tahun baru 2016! Khas untuk yang terawal !!

Petua Mendapatkan Anak Kembar


Bagi sebahagian orang yang sudah berkeluarga memiliki anak kembar merupakan sebuah anugerah yang sangat menyenangkan. Dibawah adalah tips yang dapat dilakukan dalam memperoleh anak kembar dua, tiga atau bahkan lebih.


1. Genetik 

  • Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.


2. Umur 
  • Wanita yang berumur 35 hingga 40an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.


3. Bilangan Anak
  • Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


4. Berat Badan dan Ketinggian
  • Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.


5. Diet
  • Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.


6. Pengambilan Ubat Kesuburan 
  • Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.



7. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. 
  • Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

Sumber: Facebook
Mamapeduli

MAMAPEDULI.INFO

Mamapeduli.info menyediakan info-info sekitar keibubapaan dari pelbagai sumber yang dinyatakan bagi tujuan rujukan semua. Pertimbangan, kajian atau rujukan daripada pakar berkaitan amatlah perlu sebelum sesebuah aspek diamalkan
Google | Facebook | Instagram | Emel
Psssttt! harga runtuh ZALORA khas untuk tahun baru 2016! Khas untuk yang terawal !!
5 Comments for "Cara Mendapatkan Anak Kembar"

Perkongsian info yang sangat menarik. Thanks admin. :)

Nice :) sebagai satu usaha :)

good one.. will try .. insyaallah :)

Back To Top