15 Resepi Ibu Berpantang

Psssttt! harga runtuh ZALORA khas untuk tahun baru 2016! Khas untuk yang terawal !!


Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka.
Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah
Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.
Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau ‘berangin’.

Resepi Ibu Semasa Berpantang

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah – ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih – ditumbuk [A]
2 sm halia – ditumbuk [A]
1 keping asam keeping Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:
a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.
c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

Untuk dapatkan 15 Resepi Ibu Semasa Berpantang,pembaca boleh download di sini .. Insya-Allah resepi itu akan banyak membantu ibu-ibu yang tengah berpantang

Sumber
Mamapeduli

MAMAPEDULI.INFO

Mamapeduli.info menyediakan info-info sekitar keibubapaan dari pelbagai sumber yang dinyatakan bagi tujuan rujukan semua. Pertimbangan, kajian atau rujukan daripada pakar berkaitan amatlah perlu sebelum sesebuah aspek diamalkan
Google | Facebook | Instagram | Emel
Psssttt! harga runtuh ZALORA khas untuk tahun baru 2016! Khas untuk yang terawal !!
1 Comments for "15 Resepi Ibu Berpantang"

Back To Top